LONGGOKAN perabot dan aksesori boleh menyebabkan kediaman kelihatan bersepah.
Perancangan teliti, jenis barangan dan tolak pembaziran antara syarat kediaman lebih kemas.
LANGKAH terbaik menangani rumah bersepah ialah pastikan segenap sudut dan ruang bebas sampah sarap. Ruang semak berpunca daripada tabiat suka meletak barang di tempat tidak sepatutnya. Ini biasa berlaku kepada pemilik rumah yang terlalu banyak menyimpan barang sehingga ia mengambil sebahagian besar ruang dan sudut rumah.
Meskipun mengurus dan membersih rumah ada kalanya membebankan terutama bagi mereka bekerjaya, namun ia perlu ditangani sebaiknya.
Antara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini termasuk membeli barangan yang difikirkan perlu dan menepati kegunaan. Dengan kata lain, jangan membeli-belah tanpa senarai barangan selain pastikan anda mematuhi rangka perbelanjaan dibuat.
Andai berkenan sesuatu barang tetapi malangnya, tidak termasuk senarai patut beli, seelok-eloknya tangguhkan dulu keinginan untuk memilikinya.
Sebelum beli, tanya dulu beberapa soalan seperti - “perlukan barangan ini?” dan “berapa kerap akan menggunakannya?” Tidak ketinggalan, pertanyaan “di manakah lokasi barangan itu patut diletakkan? dan ‘bukankah barangan ini sudah ada?” Jawapan daripada soalan anda itu bakal menentukan sama ada barang berkenaan patut dibeli atau ia juga bakal menerima nasib yang sama dengan barang lain iaitu pada akhirnya menjadi sampah sarap.
Elak terpengaruh dengan iklan jualan murah kerana ia mungkin berkesudahan dengan pembelian barang tidak bermanfaat selain kesilapan terbeli barang yang sedia ada dalam simpanan. Misalnya, disebabkan tertarik dengan diskaun ditawarkan, tanpa sedar anda menyambar sepasang lampu meja yang sudah pun dimiliki.
Sungguhpun potongan harga ditawarkan amat menguntungkan kerana mengutarakan penurunan harga sehingga separuh nilai asal namun harus diingat, ia mampu mempengaruhi anda membeli dalam kuantiti banyak. Kesannya, bukan saja menyebabkan anda terlebih berbelanja bahkan terpaksa menyediakan ruang penyimpanan tambahan untuknya. Namun, yang merugikan ialah barang itu bukan saja tidak digunakan bahkan anda terlupa langsung mengenai kewujudannya.
Batalkan langganan majalah tidak berminat dibaca lagi. Sebarang majalah terutama terbitan berkala yang dihantar ke pintu diibaratkan putaran jam iaitu sentiasa sampai tepat pada waktu meskipun tidak ada masa terluang membacanya. Maka, daripada bertimbun di meja kopi dan mengambil ruang besar rak buku, lebih baik dihentikan saja langganannya.
Bawa bersama beg kita semula setiap kali membeli-belah jika tidak mahu ruang kediaman khasnya ruang dapur semak beg kertas serta plastik.
Amalkan meminjam berbanding membeli. Sesetengah kelengkapan khususnya perkakasan pertukangan hanya digunakan sesekali. Jadi, daripada membeli lalu menyesakkan ruang garaj, lebih baik pinjam daripada jiran yang mempunyai peralatan itu.
Info
Tip elak pembaziran
Jauhi jualan gudang dan pasar lambak sekiranya tidak ada keperluan membeli barang. Meskipun harga ditawarkan ada yang serendah seringgit, tahan keinginan membelinya jika tiada kepentingan bagi anda.
Pinjam daripada jiran dan keluarga jika terdesak ingin menggunakan sesuatu peralatan misalnya kelengkapan bertukang, berkebun, mengecat dan sebagainya.

No comments:
Post a Comment