Wednesday, July 14, 2010
Hias rumah bangkit aura penghuni
Pada masa yang sama, ia juga dianggap satu nilai estetika yang mampu memberikan seribu ketenangan kepada pemilik rumah.
Sudah pasti apabila berkata tentang menghias rumah, salah satu ciri utama yang semestinya menjadi perhatian ialah hiasan rumah.
Tidak kira mahal ataupun murah, setiap rumah pasti dihias mengikut cita rasa dan idea masing-masing.
Apa yang dilakukan adalah bertujuan menambat pandangan saudara mara, sahabat handai atau sesiapa sahaja yang berkunjung.
Apabila memperkatakan tentang menghias rumah, ia sebenarnya bermula daripada perabot, pinggan mangkuk, langsir, alas meja, lampu, jambangan bunga, wangi-wangian dan sebagainya.
Bagi mereka yang begitu mementingkan penggayaan ruang kediaman tentunya mahukan penampilan yang cukup sempurna.
Untuk itu, bagi mereka yang cukup 'cerewet' ataupun mahukan yang terbaik dalam hiasan rumah, mereka boleh dapatkan perkhidmatan pakar hiasan dalaman di samping barangan perhiasan yang sesuai untuk kediaman masing-masing bagi merealisasikan konsep dekorasi pilihan.
Selain barangan perhiasan rumah yang sesuai, khidmat pakar hiasan dalaman juga dilihat penting bagi mengurangkan risiko kesilapan memilih gaya penataan dan membeli perabot atau aksesori hiasan yang kurang sesuai.
Ini diakui sendiri oleh Pengurus Besar D'Nora Creative Enterprise, Norazita Abdullah. Malah tambah beliau, menghias kediaman adalah sebagai pelengkap gaya hidup selari dengan arus kemodenan masa kini.
Katanya, cara seseorang menghias kediaman juga mampu membangkitkan aura penghuni di dalamnya.
"Ini meliputi pemilihan warna, pengaliran cahaya dalam rumah, penataan perabot serta hiasan dan sebagainya.
"Semua itu mempunyai peranan sendiri yang jika digabung susun dengan sempurna bukan saja menceriakan kediaman malah memberi aura yang baik kepada penghuninya," katanya.
Tambah Norazita, bagi mendapatkan semua elemen-elemen yang diperlukan dalam sesebuah kediaman kadang kala memerlukan suntikan pendapat daripada mereka yang arif seperti perunding hiasan dalaman dan sebagainya.
"Untuk itu kami di D'Nora Creative Enterprise sememangnya menawarkan perkhidmatan pakar hiasan dalaman di samping barangan perhiasan untuk rumah.
"Di sini ia merupakan satu pusat sehenti di mana para pelanggan boleh mendapatkan segala-galanya di bawah satu bumbung,'' ujarnya ketika ditemui di kedainya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, baru-baru ini.
Sempena dengan kedatangan Syawal tidak lama lagi, D'Nora Creative Enterprise turut mengadakan jualan promosi hari raya yang bermula awal Julai lalu hingga hujung Ogos ini.
''Sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, kami memberikan potongan harga untuk semua barangan di sini.
''Untuk barangan perhiasan yang berkonsepkan Inggeris, kami menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus manakala untuk kertas dinding sebanyak 15 peratus.
''Kami turut menawarkan harga 'runtuh' untuk langsir yang merangkumi empat bilik yang berharga RM799 di mana ia untuk harga kain, jahit dan pasang tetapi tidak untuk rel langsir,'' jelasnya.
Tuesday, July 6, 2010
Hias rumah anda dengan konsep kasual
Untuk permulaan, konsep kasual agak detail sedikit,terutama dalam pemilihan elemen texture fabric dan pemilihan aksesori, soft upholstery, pencahayaan yang minima dan gaya susunan.
Konsep kasual sebenarnya adalah cara yg paling sesuai untuk menyerlahkan sentuhan peribadi anda , kalau anda ada idea sendiri, anda boleh curahkan idea itu. Kalau anda seorang yang suka mengubahsuai barang-barang lama, contohnya sebuah almari dapur anda ubahsuai menjadi sebuah rak buku antik. Cara dekorasi kasual ini boleh di suai padankan dengan gaya French country dan Amarican country.
Dengan adanya casual style dalam rumah, kite sebenarnya rasa lebih relax. Kita boleh tampilkan elemen kasual ini di mana-mana saja ruang rumah tak kira di bilik tetamu, dapur mahu pun bilik mandi. Ia pasti memberikan keselesaan.
Cuba gunakan tip-tip ini
Perabot yang sesuai adalah jenis yang ringkas, lembut, ringan dan selesa. Upholstry biasanya oversize dan slipcover. Biasanya kalau orang buat upholstry pada perabot contohnya sofa atau kerusi, warna yang biasa digunakan adalah warna yg semulajadi seperti kelabu, beige atau putih. Warna-warna ini dapat memberikan kesan lembut. Apa kata cuba warna yang bertona gelap seperti navy blue, rust, olive, forest green atau purple.
Untuk menambahkan kesan klasik apa kata tambahkan, rambu, butang, riben atau sulaman.
Warna yang kontra dapat memberi kelainan di dalam ruang.
Konsep kasual memerlukan susunan hiasan anda adalah secara mendatar dan melintang, panjang dan besar. Anda boleh gunakan meja makan yang besar di ruang makan, menambah kabinet hiasan di satu ruang.
Pemilihan bahan yang sesuai dengan elemen dekorasi daripada rotan dan iron/besi. kalau ada barang antik juga boleh di sesuaikan. Oleh yang demikian kalau ada almari lama atau kerusi lama jangan anda buang sebaliknya cuba hias semula, mungkin hasil yang baru lebih bernilai dan anda boleh jimat untuk cari barang yang baru.
Adakah konsep kasual ini sesuai dengan hidup anda?
Saturday, July 3, 2010
Gaya menyusun ruang tamu
RUANG tamu adalah ruang yang dikhususkan menerima tetamu dan berfungsi tempat pertemuan keluarga. Apapun aktiviti dilakukan, kerusi dianggap keperluan dan nadi ruang berkenaan.
Suatu ketika dulu, ruang tamu tetap berfungsi tanpa kerusi kerana masyarakat waktu itu hanya duduk bersila di lantai. Namun, ketika status dan keupayaan memiliki set tempat duduk diperoleh dengan mudah, memiliki set perabot lengkap di ruang tamu bukan masalah besar.
Apapun, anda perlu bijak menilai set kerusi tamu paling sesuai untuk memenuhi keperluan fungsi ruang itu. Oleh kerana kehadiran tempat duduk berupaya menyuntik suasana tertentu, maka sebelum sofa dan kerusi dibeli, perkara berikut perlu dipertimbangkan;
Kategori Pengguna
Kenal pasti kategori pengguna ruang tamu iaitu adakah membabitkan golongan dewasa, orang tua atau kanak-kanak?
Kerusi dan meja tambahan melengkapi susun atur ruang tamu.
Jika golongan tua pengguna utamanya, pastikan kerusi dipilih sesuai keperluan mereka.
Jika ia kerap dikunjungi kanak-kanak dan haiwan peliharaan, pastikan anda membeli sofa fabrik jenis sarung boleh tanggal dan cuci.
Bilangan Pengguna
Perlu pastikan jumlah pengguna untuk mengetahui jumlah tempat duduk yang patut disediakan.
Sediakan juga tempat duduk tambahan bagi menampung tetamu hujung minggu dan sesekali, jika menganjurkan majlis keraian.
Aktiviti Pengguna
Adakah kegiatan ruang tamu terhad kepada merai tetamu? Bagaimana dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, mengulang kaji pelajaran, membaca, membuat kerja tangan, bermain, makan atau mendengar muzik?
Setelah mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan di ruang ini, sediakan keperluan ruang itu seperti kelengkapan tambahan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Gaya susun atur tempat duduk
Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:
1. Susunan segi tiga
Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.
Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.
2. Susunan bulat
Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruang.
Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.
3. Susunan separuh bulat
Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah.
Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.
Berikut beberapa tip menyusun atur sofa di ruang tamu; Kehendak praktikaliti dan peraturan yang perlu diikut;
- Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, temoar duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
- Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
- Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
- Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
- Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
- Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
- Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.