Thursday, June 27, 2019

Perkhidmatan Mengecat Rumah



Sukar untuk mendapatkan tukang cat? Upah mengecat yang terlalu mahal? Keliru memilih warna pilihan untuk kediaman anda? Kami sedia menyelesaikan masalah anda.

Untuk tempahan perkhidmatan sila isi borang di bawah blog ini atau borang yang terdapat di laman web berikut;
http://www.mytukangcat.com.my

Hubungi atau SMS
Jas 012-653 6007
JAS RENOVATION AND CONSTRUCTION
SSM No: NS0086426H


KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI?
1. Harga upah kami adalah yg berpatutan dan boleh dirunding berbanding dengan tukang cat yang lain tetapi kualiti tetap menjadi keutamaan kami.

2. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mengecat merupakan salah satu kepakaran kami.

3. Kawasan perkhidmatan kami lebih luas, meliputi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

4. Komunikasi secara terus. Untuk berurusan kami lebih suka berhubung melalui suara (kerana kami boleh tahu dengan lebih jelas tentang keperluan anda) dan bukannya melalui teks (SMS) seperti kebanyakan tukang cat yang lain. Bil telefon? Jangan bimbang kami yang akan menghubungi anda.
(Lengkapkan borang di bawah dan kami akan menghubungi anda dengan segera)

5. Kami berupaya menyiapkan kerja mengecat mengikut tempoh masa yang anda tetapkan. Tanpa bayaran tambahan.




PERKHIDMATAN UTAMA KAMI :
Kami menyediakan perkhidmatan mengecat untuk;
1. Semua jenis rumah kediaman.
2. Pejabat.
3. Restoran.
4. Kedai/Premis Perniagaan.
5. Bengkel
6. Tadika

Lain-lain Perkhidmatan (Mengecat):

1. Membuat Feature Wall.
2. Cat Garaj, Pagar, Grill, Pintu.
3. Cat Luar dan Dalam/Depan Rumah dan Belakang Rumah.
4. Cat Tandas dan Stor
5. Cat Siling


Sedia menerima tempahan di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan serta kawasan-kawasan berhampiran.

1. Putrajaya
2. Petaling jaya
3. Kelana jaya
4. Puchong
5. Bangsar
6. Subang jaya
7. Shah alam
8. Klang
9. Area Kota Damansara
10. Sg Buloh
11. Kajang
12. Bangi
13. Cheras
14. Ampang
15. Sri Kembangan
16. Bandar Seri Putra
17. Bandar Bukit Mahkota
18. Cyberjaya
19. Sentul
20. Pandan Indah
21. Dan kawasan-kawasan sekitarnya

Kini perkhidmatan kami juga terdapat di Negeri Sembilan. Terutamanya di kawasan-kawasan berikut;

1. Seremban
2. Senawang
3. Pedas
4. Nilai



TENTANG KAMI

- Kami Menjalankan Perniagaan Secara Sepenuh Masa (Full Time).
- Perniagaan Ini Dimiliki 100% Bumiputera.
- Kami adalah syarikat berdaftar
JAS RENOVATION AND CONSTRUCTION
SSM No: NS0086426H
- Kami Menyediakan Perkhidmatan Cat Rumah Dengan Harga Yang Menarik Dan Berpatutan.
- UrusNiaga Kami Adalah 24jam.
-Sebarang Kemusykilan/Pertanyaan sila kemukakan kepada kami dengan cara mengisi borang di bawah.

Jimatkan bil telefon anda, hubungi kami melalui borang di bawah dan sertakan nama, email dan no h/phone anda. Kami yang akan menghubungi anda.

atau jika perkhidmatan mengecat di perlukan segera sila SMS/ Call / Whatsapps
Jas - 012 653 6007 





Senarai pelanggan kami semakin panjang. Buat tempahan mengecat sekarang agar kami boleh susun jadual temujanji anda.
(first come first serve)



^^Sila click link diatas untuk folio kerja kami ^^






















































====================================================



Kembalikan seri rumah anda ! ! !

Sebelum cat,

Selepas cat!














Monday, May 20, 2019

Panduan mengecat

Salam. Hari ni saya nak kongsi artikel tentang panduan mengecat rumah yang saya perolehi dari SINI.



Mengecat seperti seni lukisan memerlukan teknik dan langkah yang betul bagi mendapatkan impak berkesan. Jika karya lukisan dikagumi kerana memaparkan estetika, dinding kediaman sesuai gaya penataan berupaya mengungkap karektor ruang sekali gus menyediakan suasana menarik untuk dihayati. Bagi mendapatkan hasil sempurna, empat langkah mengecat disediakanICI Dulux Colour Solutions berupaya membantu khasnya mengenai bagaimana dan di mana kerja-kerja mengecat perlu dimulakan. Empat langkah yang perlu di ambil kira jika mahukan hasil cat yang baik iaitu:

Bersihkan permukaan yang mahu dicat

Sebelum kerja mengecat dimulakan, pastikan permukaan mana-mana ruang sama ada di dalam dan luar kediaman dibersihkan terlebih dulu. Untuk kawasan luar rumah, biasanya akan ada masalah ruang atau dinding berkapur, berlumut atau ada sisa cat yang tertinggal atau cat merekah. Justeru, gunakan saja penyembur air berkuasa tinggi untuk membuang sisa atau kapur yang terlekat.

Boleh juga gunakan sudip untuk membuang sisa cat atau lumut yang terlekat. Bagi ruang dalaman rumah, penggunaan penyembur air berkuasa tinggi atau air yang banyak sudah tentu tidak sesuai kerana ia boleh membasahkan ruang berkenaan. Justeru, gunakan kain pengelap dan basahkan dengan sedikit air untuk membuang habuk atau kapur yang melekat di dinding.
Pilih peralatan yang berkualiti

Selepas permukaan dinding dibersihkan, maka kerja mengecat sudah boleh dilaksanakan. Namun, pemilihan peralatan mengecat perlulah berkualiti jika anda mahukan hasil yang baik. Untuk kerja mengecat, berus atau penggelek cat perlu berkualiti. Pastikan bulu berus cat tidak mudah tercabut kerana ia akan mengganggu kerja mengecat dan menghasilkan cat yang tidak rata.

Berus dan penggelek cat yang baik biasanya boleh dibasuh dan digunakan semula. Basuh menggunakan air biasa atau minyak mengikut jenis cat yang digunakan. Berus dan penggelek cat yang baik biasanya menggunakan bahan yang lembut bukannya keras.
Pilih cat yang sesuai

Gunakan cat untuk luar rumah hanya untuk kawasan berkenaan saja. Cat luar kediaman biasanya boleh juga digunakan untuk ruang dalaman kediaman. Namun, cat untuk dalaman rumah tidak boleh digunakan di luar kediaman. Baca label pada tin sebelum memilih cat. Cat ada beberapa jenis mengikut kandungan dan kesesuaian serta material yang digunakan. Jangan gunakan cat untuk besi bagi permukaan berasaskan kayu begitu juga sebaliknya.
Waktu mengecat

Kerja mengecat sebenarnya tidak boleh dilakukan sesuka hati saja. Untuk mendapatkan hasil yang baik beberapa perkara perlu di ambil kira terutama jika kerja mengecat membabitkan kawasan di luar kediaman. Waktu yang paling sesuai untuk mengecat luar kediaman adalah pada waktu pagi dan petang iaitu ketika matahari tidak terik. Ini kerana sesetengah cat cepat kering dan tidak digalakkan mengecat pada waktu panas terik kerana ia memberi tindakan kimia kepada cat yang digunakan. Apabila cat cepat kering akan menyebabkan cat merekah. Elakkan mengecat pada waktu hujan kerana ia menyebabkan cat hilang.
Tip: Langkah kerja mengecat


  • Siling - Amalkan mengecat bahagian siling dulu bagi mengelakkan cat menitis terus ke atas permukaan lantai dan dinding.


  • Dinding - Cat sempadan dulu selanjutnya menghala ke bawah. Sentiasa mulakan dengan mengecat tingkap terletak di hujung bilik dan jauh dari sumber cahaya bagi memudahkan anda melihat bahagian kawasan yang sudah selesai dicat.


  • Tingkap dan pintu - Sebelum mula, lindungi bahagian yang tidak perlu dicat seperti engsel, tombol, selak dan sebagainya. Bagi tingkap, cat bahagian rangka dalamnya dulu baru diikuti bingkai serta rangka yang lain. Sementara, untuk pintu, cat mana-mana acuan dulu sebelum panel, segmen melintang dan menegak manakala tubir pintu dicat akhir sekali.


  • Lantai - Ia dicat selepas dinding dan bahagian lain kering sepenuhnya. Bagaimanapun, pastikan lantai dibersih terlebih dulu kerana partikel habuk dan butir pasir menjadikan cat dilihat menggerutu dan tidak rata.




  • Memilih Warna Cat Untuk Rumah Anda

    Pada saat anda menatap sebuah rumah, hal pertama yang menarik perhatian anda adalah warna (color scheme) rumah tersebut, baru kemudian desain arsitektur bangunannya. Sebagai salah satu komponen utama dari sebuah rumah, warna juga membawa pengaruh baik buruknya kualitas rumah, desain rumah dan tampak bangunan yang menarik, dan karakter ruang yang berpengaruh terhadap kejiwaan penghuni rumah.

    Penelitian membuktikan bahwa pemilihan warna rumah yang tepat mampu memberikan beberapa efek yang baik bagi penghuninya, menstimulasi, menenangkan, menenteramkan, menjernihkan, menyembuhkan kesehatan fisik dan kesehatan mental penghuni. Dengan pemilihan warna yang tepat, maka rumah dan juga ruangan-ruangan yang ada didalamnya dapat di setting untuk menjadi tempat dengan aneka macam fungsi.


    Psikologis warna

    Konon katanya, warna merupakan pelabuhan aman dan murah bagi tambatan kesehatan jiwa kita. Melalui eksplorasi warna, penghuni rumah dapat menciptakan karakter ruang yang tenang, tenteram, cerah, stimulasi penyembuhan, dan spiritual. Kini teknik terapi kesehatan dengan warna (color therapy) telah berkembang luas, mulai dari rumah sakit dan klinik kesehatan, yang sudah tidak didominasi warna putih lagi, hingga ke dalam ruang-ruang kamar pribadi.

    Warna yang tepat dapat menciptakan suasana yang menenangkan, menstimulasi, menyejukkan atau memberi inspirasi bagi seluruh anggota keluarga. Dengan warna, penghuni rumah dapat membangun rumah sebagai tempat melarikan diri, mengungsi, atau sekadar menyendiri bermeditasi di tengah hiruk pikuk kehidupan kota metropolitan.



    Kepekaan intuisi dalam memadukan keselarasan warna mulai dari pagar, genteng atap, tampak luar bangunan, dinding ruang dalam, pintu, jendela, plafon, perabotan (meja, kursi, lemari, dipan, sampai vas bunga atau ornamen patung), dan jenis tanaman (bunga, daun, dan buah) akan menyatukan atmosfer rumah secara keseluruhan. Perpaduan warna senada pada seluruh bagian dan isi rumah akan menghasilkan keharmonisan, baik untuk peningkatan kualitas kesehatan rumah maupun penghuninya.

    Pemilihan warna harus disesuaikan dengan kebutuhan dan fungsi masing-masing ruang. Warna dingin gradasi hijau dan biru menciptakan efek menenangkan pada ruang kerja, ruang membaca, atau kamar tidur, sesuai untuk penghuni aktif yang perlu “didinginkan”. Warna cerah gradasi kuning, oranye, dan merah menstimulasi beraktivitas dinamis pada ruang keluarga, ruang bermain, ruang tamu, dapur, teras, dan carport, sesuai untuk penghuni pasif yang perlu “dirangsang”. Warna ungu yang bersifat menenangkan dapat menstimulasi penyembuhan emosional penghuni rumah, yang bisa digunakan pada ruang keluarga.

    Warna-warna bumi (earth tones) seperti hijau daun, coklat tanah, merah bata, abu-abu pasir atau batu, ternyata kini lebih banyak diminati untuk menciptakan suasana yang mendekati alam. Pemilihan gradasi warna coklat tanah pada ruang tamu dan ruang keluarga, dengan warna gelap untuk lantai (simbol tanah/bumi), warna sedang pada dinding dan perabotan kursi, meja, dan lemari (simbol pepohonan, bukit, pegunungan), serta warna terang plafon (simbol langit) merupakan upaya menghadirkan dunia luar ke dalam rumah. Suasana alam yang tenang dan nyaman tersebut mampu menghilangkan stres.



    Warna juga mampu menciptakan ruang yang sarat makna spiritual. Kekuatan unsur warna putih sebagai simbol kesucian dan kebeningan jiwa jika dipadukan dengan hijau dapat meningkatkan terapi penyembuhan spiritual. Gradasi biru sebagai simbol air (sumber kehidupan) juga dapat memberikan efek suasana tenang. Warna-warna tersebut biasa digunakan ruang bermeditasi diri, mulai dari ruang shalat, kamar tidur, hingga kamar mandi pribadi.

    Tip mewarnai rumah

    Spesifikasi fungsi ruang mensyaratkan pemilihan warna yang selaras dengan jenis kegiatan utama dan pemakai ruang tersebut. Pemilihan warna berkisar pada warna primer merah, kuning, dan biru, warna sekunder oranye, hijau, dan ungu, serta warna tersier yang merupakan percampuran warna-warna primer dan sekunder.

    Pilihlah warna dengan tepat. Perpaduan warna-warni yang sesuai kepribadian penghuni mampu meningkatkan energi, kenyamanan dan kualitas kesehatan mental dan fisik penghuni. Bagi warga metropolitan yang setiap hari terjebak kemacetan dan tekanan pekerjaan, kehadiran warna begitu dibutuhkan untuk menghilangkan stres, depresi, frustrasi dan ketegangan di rumah.

    Sebelum menentukan warna pilihan, pertimbangkanlah dahulu siapa yang akan menggunakan ruang tersebut, berapa usia rata-rata pengguna, dan bagaimana karakter umum masing- masing anggota keluarga. Sebagai contoh, kamar tidur utama orangtua, ruang kerja atau ruang tamu dapat memilih warna lembut dan dingin, sedangkan kamar tidur anak-anak, ruang bermain dan belajar, memanfaatkan warna terang yang cerah ceria. Untuk ruang keluarga, ruang makan, dan dapur merupakan perpaduan warna lembut dan hangat atau dapat pula memakai warna-warna bumi yang lebih netral.



    Efek sumber cahaya alami maupun buatan terhadap tampilan warna perlu dipertimbangkan. Sinar matahari (warna-warni) atau sinar lampu (putih/kuning) terhadap warna akan menghasilkan efek warna yang berbeda-beda, pada pagi, siang, sore atau malam hari. Warna yang dipilih pun akan mempengaruhi kesan besar kecil ruang dan tampak bangunan. Warna gelap akan membuat ruang terasa terbatas cenderung menyempit. Sebaliknya warna terang memberi kesan lebih luas.

    Tren warna bumi mulai banyak digunakan pada tampak bangunan rumah. Penonjolan kusen jendela dan pintu, serta atap carport kayu warna coklat di antara bidang coklat krem muda dipadu kekokohan kolom beton dan tembok pagar masif abu-abu, membuat rumah minimalis tampak harmonis dan kokoh. Sementara itu ada pula yang memakai perpaduan warna hijau lumut dan abu-abu membuat rumah tampak dingin dan teduh. Taman depan tampak mengimbangi unsur alami terhadap struktur bangunan rumah.

    Aksen warna biasa digunakan sebagai titik fokus pandangan dalam suatu ruang. Warna yang dipilih merupakan warna kontras dari warna dominan di dalam ruangan tersebut. Jika sebuah ruang tamu, ruang keluarga, dan ruang makan didominasi warna cerah merah marun, kuning gading atau oranye, maka aksen dapat memakai warna dingin hijau atau biru, begitu pula sebaliknya.

    Warna oranye pada lantai, dinding dan perabotan, berpadu putih pada plafon, kusen pintu dan jendela, akan menghadirkan suasana senja (sunset) yang penuh kedamaian dan kesunyian yang memberikan efek menenangkan pada ruang keluarga atau kamar mandi.



    Warna gradasi hijau sering digunakan untuk memperkuat kesan segar dan alami dalam rumah, terutama pada ruang tamu, ruang makan atau teras belakang. Hal ini dapat diperkuat dengan penataan taman depan dan atau taman belakang dengan aneka tanaman bunga berwarna senada, serta peletakkan pot-pot tanaman yang tersebar sejak teras depan hingga ke pojok ruang servis.

    Pemakaian warna merah, oranye, dan coklat pada ruang tamu, ruang kerja atau ruang keluarga, dapat menciptakan kesan romantis, eksotik, dan misterius yang memancing imajinatif siapa saja yang memasuki ruang tersebut. Pajangan bingkai foto keluarga atau momen istimewa lainnya, lukisan, dan tanda penghargaan pada dinding ruang tersebut akan mempertegas warna-warni kenangan perjalanan hidup penghuni rumah.

    Perpaduan warna ceria merah, oranye, dan kuning, serta diselingi putih akan menghangatkan ruang dapur bersih (pantry) yang menyatu dengan ruang makan dan “mengundang” penghuni datang menyantap makanan bersama keluarga.

    Jangan lupa hati-hati memilih cat yang tersedia di pasaran. Pilihlah cat dengan merek dagang jelas, berkualitas bagus, tidak mengandung bahan beracun (tertulis : free toxic, no added mercury) dan memiliki pilihan warna asli yang cukup banyak (bukan oplosan).

    Bagi pengikut feng shui yang fanatik, pemakaian warna dalam mendekorasi rumah mensyaratkan batasan yang cukup ketat. Bagi yang moderat, mewarnai rumah merupakan wahana eksplorasi karakter kepribadian diri dan Anda pun bebas mengekspresikan gairah hidup sehat yang lebih baik dalam rumah. Selamat berkreasi.



    Thursday, March 28, 2019

    Petua pilih warna cat paling sesuai

    Sukar untuk mendapatkan tukang cat? Upah mengecat yang terlalu mahal? Keliru memilih warna pilihan untuk kediaman anda? Kami sedia menyelesaikan masalah anda.
    KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI?
    1. Harga upah kami adalah yg berpatutan dan boleh dirunding berbanding dengan tukang cat yang lain tetapi kualiti tetap menjadi keutamaan kami.
    2. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mengecat merupakan salah satu kepakaran kami.
    3. Kawasan perkhidmatan kami lebih luas, meliputi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
    4. Komunikasi secara terus. Untuk berurusan kami lebih suka berhubung melalui suara (kerana kami boleh tahu dengan lebih jelas tentang keperluan anda) dan bukannya melalui teks (SMS) seperti kebanyakan tukang cat yang lain. Bil telefon? Jangan bimbang kami yang akan menghubungi anda.
    Hubungi:
    Jas 012 653 6007 / 016 675 2969
    atau
    Lengkapkan borang tempahan di bawah.

    UNTUK mengecat rumah, tiada petua khusus mengenai pilihan warna. Warna cat rumah atau ruang terutama mencerminkan keperibadian dan gaya hidup pemilik atau penghuninya.

    Namun, ketika memilih warna cat rumah, pertimbangkan ruang mana yang mahu dicat sama ada ruang tidur, ruang tamu, eksterior (ruang luar) atau ruang keluarga.
    Mungkin anda ingin memperbaharui warna cat pejabat, pangsapuri atau kediaman anda yang bertaraf banglo. Beberapa hal berikut sebaiknya diberi perhatian:

    Ukuran ruang – ruang yang lebih kecil nampak besar dengan warna lebih muda pada dinding dan warna ‘natural’ untuk perabot.

    (Sisihkan warna cerah untuk pola-pola yang menarik dari aksesori ruang yang terdiri daripada bantal sofa, pot bunga, lampu hiasan atau lukisan mahupun gambar). Anda dapat menggunakan cat bertekstur apabila tidak ada banyak pola untuk dekorasi ruang.

    Lokasi bangunan – kontraktor cat yang berpengalaman sering menyarankan supaya ruangan di rumah daerah tropis dengan warna sejuk atau atau ‘natural.’ Warna dinding bernuansa hijau, biru atau ungu akan membangun rasa sejuk dalam rumah.

    Lokasi ruangan – ruangan yang menghadap utara, barat laut atau barat daya cenderung mendapatkan sinar matahari tidak langsung. Warna cat dinding ruang yang tidak langsung mendapat sinar matahari sebaiknya menggunakan warna yang lebih hangat seperti warna yang bernuansa kuning (yellow chiffon), coklat, peach lembut (soft peach). Untuk ruangan yang banyak menerima sinar matahari, Sebaiknya kurangkan tone warna dan menggunakan warna sejuk seperti warna bernuansa hijau, biru atau lavender.



    Jenis ruang – kamar tidur untuk orang dewasa biasanya menggunakan warna yang nyaman dan tenang – disifatkan kondusif untuk tidur. Untuk kamar anak biasanya, pilih warna lebih menstimulus iaitu warna cerah. Warna ruang pejabat biasanya menggunakan warna hangat dan warna dasar.

    Bentuk ruang – ruang yang panjang dan sempit akan kelihatan lebih lebar apabila salah satu sisi atau kedua sisi yang lebih pendek diberi warna cat cerah atau gelap; sementara sudut yang lain menggunakan warna pucat bersesuaian (senang disuai padan dengan pelbagai aspek langsir, perabot dan pelbagai).


    Untuk ruang berbentuk kotak tanpa jendela besar atau ‘focal point’ dapat ditambahkan suatu warna agak kuat di salah satu dindingnya. Hal ini akan membuat ruangan lebih berkarakter dan menarik. Misalnya: tiga dinding berwarna putih dan satu dinding diberi cat ungu.


    Tinggi ruang – warna putih pada sudut tertentu akan menambah kesan tinggi manakala warna gelap pada akan memberi kesan ruangan lebih kecil. Ruangan besar akan terasa lebih nyaman apabila dibuat ‘drop ceiling’ tertentu seperti kertas dinding pada tepinya, baik di atas mahupun bahagian bawah dinding.

    Thursday, February 28, 2019

    10 Tips Idea Jimat Menghias Rumah Sendiri

    Teks: Khairunnisa Hamzahara

    Alhamdulillah, 

    Hari ini saya berpeluang untuk berkongsikan 10 Tips tentang Idea Penjimatan yang boleh dilakukan untuk menghias rumah sendiri tanpa memerlukan khidmat perunding hiasan dalaman. Idea ini tercetus setelah pulang beraya dari beberapa rumah kenalan di mana mereka telah menghabiskan puluhan ribu ringgit yang diberikan kepada pereka hiasan dalaman bagi mengubah suasana kediaman mereka. Apa yang menyedihkan saya, ada kediaman yang saya dapat nilaikan harga hiasan dalaman dan aksesori nya tidak sampai RM20 ribu tetapi kos yang dikenakan adalah RM40k iaitu dua kali ganda. Mana tak nya , dah dia upah pereka hiasan dalaman , pasti lah mahal kan. Yang berduit pasti boleh tersenyum puas, tapi bagaimana pula yang tidak ada budget sebesar itu dalam menata rias kediaman. Jadi di sini saya ingin berkongsikan 10 Tips dahulu tentang asas dalam menghias kediaman. Ini bukan sahaja di praktikan oleh saya sendiri, malah kebanyakkan pereka hiasan dalaman juga menggunakan kaedah yang saa seperti yang saya bakal kongsikan ini. Saya harap, perkongsian ini dapat memberikan manfat kepada semua yang membaca :)


    1. Cari Idea dari Sumber "PERCUMA" 

    Mulakan membuat rujukan tentang idea dekorasi mengikut kesesuaian minat dan citarasa kita seisi keluarga. Dengan cara ini , kita telah dapat membuat penjimatan terhadap kos melantik perunding hiasan dalaman professional. Kita boleh dapat khidmat nasihat percuma dari Encik Google, Majalah hiasan dalaman, dan lagi satu (yang paling saya suka) adalah dengan cara berjalan-jalan serap idea ke rumah-rumah contoh yang disediakan oleh pemaju perumahan. Idea-idea ini sememangnya dari orang-orang yang professional dalam menata rias. Jadi kita hanya perlu set kan mahu mencari idea yang berkonsepkan macam mana? Tropikal , MInimalis, Moden, Inggeris, Timur Tengah , mahupun "Mix & Match". 


    2. Tetapkan Budget mengikut kemampuan 

    Setelah pilih konsep dan tema hiasan dalaman bagi kediaman, kita perlu berpijak di bumi nyata pula. Tetapkan budget mengikut kemampuan. Setiap ruang kita berikan anggaran kos yang akan dibelanjakan. Misalnya ruang tamu maksimum RM5 ribu sahaja, ruang makan RM4 ribu, Bilik Utama RM3 ribu dan seterusnya bilik-bilik yang lain. Oleh itu kita tidak perlu buang masa bila terpegang perabot yang harga yang tertera melebihi budget yang ditetapkan. Teruskan mencari dan mencari, walau perlu keluar masuk beberapa kedai. Yang penting kita dapat perabot yang bertemakan tema yang kita pilih dengan harga yang telah ditetapkan limitnya. Sebenarnya kita boleh beli perabot utama yang memainkan peranan dalam ruang tersebut dengan harga yang mahal sedikit, tetapi lain-lain aksesori tambahan di beli di kedai "second hand" atau di jualn murah sahaja. Ini dapat menjimatkan kos dan dalam masa yang sama, pencarian barang sebegini lebih menjanjikan hasil yang lebih kreatf dan unik! 


    3. Lagak sebagai Tetamu 

    Pilih konsep sudah, Budget pun sudah, sekarang kita mulakan menghias. Semasa menghias, lagaklah seperti tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Berdiri di depan muka pintu rumah dan melangkah masuk. Apa yang perlu ada dari pintu masuk hingga ke ruang-ruang lain? Perlukah ruang masuk disekat dan membentuk "Foyer" terlebih dahulu? Atau tetamu boleh terus masuk dan duduk di sofa? atau perlu ada kerusi tetamu di bahagian lain yang berasingan dengan kerusi penghuni lain untuk berehat dan menonton TV? ini semua tuan rumah yang tetapkan. Tuan rumah menetapkan ke mana arah tetamu perlu pergi dan apa aktiviti tetamu di rumah mereka. Sambil-sambil itu renung setiap ruang dan buatkan kotak kecil dengan jari dihadapan mata, seolah-olah sedang ambil gambar dari lensa kamera? Adakah imej yang dihasilkan kelihatan cantik? Atau ruang kelihatan terlalu kosong atau juga terlalu sarat? Tanyakan pada diri dan sering bandingkan dengan gambar-gambar yang dipilih dari internet mahupun majalah yang dirujuk sebelum ini. 


    4. Berikan Nafas Baru Pada Perabot Lama 

    Tidak semestinya perabot yang lama perlu dibuang. Jika kelihatan usang, kita boleh baik pulih dan perbaikinya semula . Terutamanya kerusi dan sofa. Sekarang banyak kedai baik pulih perabot boleh didapati. Mereka bukan sahaja boleh perbaiki rupa perabot kita malah kita boleh pilih fabrik dengan warna dan corak yang lain mengikut trend terkini bagi mengubah imej dan suasana rumah kita seolah-olah baru membeli perabot baru. Bagi perabot yang lain, catkan dengan warna yang lain. Bagi kesan yang dramatik, warna kan dengan warna-warna terang. Jika sebelumnya gelap, diwarnakan terang. Jika warna sebelumnya terang, kita warnakan pula gelap. Terus sahaja ruang nampak lain. Tak percaya, cubalah ! 


    5. Rombak semula Susunatur Perabot 

    Cara yang paling berkesan dalam banyak-banyak cara ialah Rombak Semula susunatur Perabot berpandukan sumber rujukan yang diperoleh tadi dari internet, majalah mahupun rumah contoh yang dilawati. Ubah titik tumpu kedudukan perabot tersebut. Jika asalnya menghadap dinding bahagian dalam, tukar pula susunan menghadap pintu masuk dan tingkap luar. Begitu pula sebaliknya. Cari satu titik tumpu misalnya perabot menghadap TV atau menghadap pemandangan luar tingkap. Jika nak tahu, sebenarnya inilah yang selalu dilakukan oleh perunding hiasan dalaman di mana mereka mengubah suasana rumah dengan menukar titik tumpu dan susunatur perabot di rumah. Cuba macam-macam cara pasti seronok. Nah, kini kalian pun boleh jadi pakar hiasan dalaman. Percuma bukan? :) 


    6. Warnakan Dinding Fokus Utama dengan Warna Terang 

    Duduk di muka pintu, dan pandang ke dalam ruang. Dinding manakah yang mula-mula terpandang? Dinding yang mula-mula kita terpandang dalam sesubuah ruang itu adalah dinding fokus utama. Dinding inilah yang perlu di terangkan. Cat kan dengan warna yang terang. Untuk selamat, pilih warna-warna yang bertemakan alam semulajadi. Ini kerana ketika pening atau sakit tak lah terasa berat mata memandang dinding tersebut jika dibandingkan dengan dinding bewarna merah terang atau biru gelap misalnya. Namun, tidak jadi masalah untuk memilih warna sedemikian. Asalkan kalian memang gemar atau obses dengan warna tersebut. Sebabnya hari-hari nak kena pandang dinding tu kan :) 


    7. Perabot Tampak Baru dengan Aksesori 

     Lengkapkan perabot sedia ada dengan aksesori. Misalnya dahulu sofa yang ada suram dan kosong. Tambahkan kusyen dengan kain satin yang berkilat kemudian letakkan alas sofa dengan corak yang eksklusif. Di sebelah sofa yang ditepi tingkap, tukarkan langsir yang seirama dengan sofa atau yang kontra dari warna sofa. Hamparan baru dihamparkan di hadapan sofa bagi membelai kaki ketika duduk di sofa. Letakkan meja kopi kecil dan lampu meja disebelah sofa. Di dinding atas nya letakkan lukisan atau bingkai gambar. Akhirnya sofa yang dahulunya sofa kini menjadi tempat rehat yang di idam-idamkan. Aksesori lebih mudah dan lebih murah untuk didapatkan. Jadi , jangan sedih jika tidak ada budget untuk membeli perabot baru, gunakan budget yang ada untuk membeli, menukar dan menambah aksesori di sekeliling perabot sedia ada saja sudah cukup menjadikan perabot itu bergaya dan kelihatan baru. 


    8. Gunakan Lampu Samar Dan Lampu Spotlight 

    Saya namakan ia lampu samar iaitu lampu yang berwarna kuning. Ia sangat sesuai di pasang di malam hari bagi menaikkan suasana romantik, mengantuk dan menenangkan. Jika berpasangan, lampu ini membantu menjadikan suasana romantik, jika ada anak kecil , ia bantu menidurkan anak-anak berbanding terpasangnya lampu putih yang terang berderang, bagi orang-orang tua pula, mereka akan berasa rehat dan santai di malam hari dengan lampu kuning ini. Pasang lampu samar bewarna kuning ini di siling, di dinding, di dalam kabinet mahupun di lantai bagi memancarkan efek dan mood yang dikatakan tadi. Ia sekaligus menjadikan suasana rumah lebih tenang dan eksklusif. Letakkan hiasan yang menarik di bawah lampu ini kerana ia akan menyinari ruang tersebut dan menyuramkan yang lain. Kegunaan lampu ini juga adalah bagi mengurangkan pandangan terhadap keseluruhan ruang. Berbanding menggunkan lampu putih di mana semua barang nampak jelas. Namun begitu, tidak lah semua lampu perlu bewarna kuning. Saya pernah melawat rumah jiran yang kesemua lampunya dipasang bewarna kuning sehingga suami nya mengalami migrain bila hendak buat kerja di rumah di malam hari. Lampu putih penting untuk pandangan sebenar. Jadi, pasangkan lampu putih dan lampu kuning di rumah dengan suis yang berasingan (bagi lampu downlight siling). Atau boleh saja gunakan lampu samar seperti lampu berdiri atau lampu meja saja. Begitu juga dengan spotlight. Ia bantu menaikkan seri ruang terutamanya seri barangan yang dipancarkan lampu tersebut. Ini adalah seni dalam mempamerkan ruang. Boleh juga dapatkan lampu spotlight yang dijual di Groupon. Ia menggunakan bateri tanpa wayar dan ada jenis yang menggunakan solar. Lampu yang mudah dipasang ini boleh diletakkan dalam kabinet atau di celah-celah ruang. 


    9. Rawat Dinding Dengan Idea Kreatif 

    Dinding dengan Idea kreatif ini saya pernah bincangkan di post sebelum ini. Baca lebih lanjut di post Dinding Kreatif Ubah Suasana Kediaman 


    10. Membeli Barangan Hiasan Ketika Ada SALE 

    Terakhir sekali, belilah barangan hiasan rumah mahupun perabot ketika ada jualan murah. Tidak perlu berlagak kaya dengan membeli ketika tiada jualan murah melainkan ia memang murah :) Negara kita ada banyak musim perayaan dan ketika hampir musim perayaan pasti ada saja jualan murah diadakan. Jualan murah hari raya lah, jualan murah tahun baru lah, jualan murah aidilfitri lah dan macam-macam lagi. Tunggu saja. Yang pasti siapa sabar, dia pasti untung. Pernah dengar tak ayat ini: " Alah, untung nya engkau dapat beli pasu ni dengan harga murah, aku beli hari tu mahal" Jadi, bijak lah berbelanja dengan memilih ketika jualan murah berlangsung. 

    Saya ingin kongsikan di sini, saya pernah ke jualan murah MACY di mana harga kain RM80 semeter jatuh kepada harga RM1 semeter! Kain dijual secara segulung-segulung. Dalam satu gulung ada 40-50 meter. Jadi saya dapat kain 40 meter dengan harga RM40 sahaja. Kain yang cantik, berkualiti dan di import. Kenapa jual seringgit semeter? sebab ia ditolak oleh MACY cawangan singapura, jika tidak silap lah (ini yang saya dengar) ia disebabkan kain tersebut dikatakan terkena air dan berkulat. Memang benar ada sedikit kain yang berkulat namun masih tidak rugi kerana kain yang ada ada berpuluh meter. Saya dapat agih-agihkan kain tersebut di kampung dan merasalah saya dan ibu serta mak mertua saya. Kain tersebut kami jadikan "WALLFABRIC" dan selepas menggantungkannya, rumah saya masuk majalah! :) 

     Saya juga pernah dapat batu dekorasi hiasan dinding dengan harga hanya RM10 sahaja. Harga asalnya RM299 sekeping. Kenapa jatuh harga RM10 sahaja? sebab batu tersebut telah tertanggal dari bingkainya . Saya dan suami memasukkan kembali batu tersebut dan gam kannya dengan gam batu di bingkai tersebut dan ia kembali normal dan boleh di pasang di dinding. Saya dapat beli 10 keping batu tersebut dengan harga baru RM100 berbanding jika harga asalnya boleh menceah RM3000. Hebatkan penjimatan yang berlaku? Begitu juga di IKEA, kalian boleh pilih barang di seksyen AS IS. iaitu barangan yang telah di pamerkan di ruang pameran. Perlu touchup sikit tapi harga dah jatuh jauh lebih murah. Rumah masih bergaya cuma tak perlu habiskan duit. Kita boleh gunakan duit lebih untuk kegunaan utama yang lain. 

    Ok lah..Sampai sini dahulu, saya akan kongsikan lagi 10 tips idea deko pada hari yang lain.

     Wassalam //KHAIRUNNISA HAMZAHARA// untuk membuat tempahan rekabentuk hiasan dalaman dan rekabentuk kediaman, boleh lihat di sini : 
    http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/galeri.html 
    untuk ke kelas belajar hias rumah online, boleh masuk di sini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/belajar-hias-rumah-online.html dan untuk belajar asas blog dan penulisan secara online boleh baca selanjutnya di sini :
     http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html