Wednesday, September 22, 2010

Memilih Cat

KEBIJAKSANAAN memilih cat yang sesuai untuk mengindahkan kediaman mampu memberikan suasana terbaik dan sedap mata memandang.Anda perlu berhati-hati ketika membuat pilihan kerana cat yang baik sentiasa kelihatan baru dan segar sepanjang masa.Cat yang kurang baik pula perlu dikemaskan dalam tempoh yang kerap selain tidak menarik perhatian.Dikatakan 70 peratus hasil kemasan cat yang baik bergantung kepada penyediaannya permukaaan. Baki 30 peratus lagi ditentukan kualiti cat dan cara ia diaplikasikan. Berikut disediakan beberapa panduan memilih cat sesuai untuk mengindahkan kediaman.

Pastikan ia bernilai untuk wang anda kerana cat berkualiti tinggi memiliki kandungan titanium dioksida yang berkualiti baik, sekali gus membuatkan cat kurang menguning.Pada masa sama, ia lebih halus dan tidak meninggalkan kesan berus. Mudah dibasuh dan dibersihkan.Bagi cat yang berkualiti rendah, ia bertindak sebaliknya yang mungkin mengandungi isian berkualiti rendah seperti tanah liat hingga memerlukan tiga atau empat lapisan untuk memberikan hasil yang baik.Ia lebih tahan lama, bebas serangan kulat dan kotoran serta ditawarkan dalam harga berpatutan dengan jaminan lebih lima tahun.

Seterusnya, panduan mengecat dalam rumah juga perlu diberi tumpuan kerana sebelum memulakan kerja mengecat, tentukan bahagian yang ingin dicat.Setiap permukaan memerlukan cat dan kilatan berbeza iaitu pantulan rona cat bagi menyerlahkan ruang. Bagi dinding atau siling yang memiliki kecacatan, perlu dicat dengan cat yang rata dan tidak berkilat untuk kesan pantulan lebih rendah serta melindungi kecacatan berkenaan.Permukaan yang luas seperti dewan laluan dapur, bilik air dan bilik si kecil sesuai diwarnakan dengan rona kulit telur. Ia mudah dibersihkan, boleh menahan basuhan berulang kali serta kelihatan sofistikated.Bagi perabot, kabinet dan tombol pintu pula sesuai diwarnakan dengan cat kilat kerana lebih tahan lasak.

Pastikan ketika mengecat di luar rumah, pilih jenis cat yang tahan lebih lama berbanding cat untuk dalaman kerana luar bangunan terdedah kepada cuaca siang dan malam, kotoran serta habuk.

No comments:

Post a Comment