Sunday, September 5, 2010

Petua pilih warna cat paling sesuai

Sukar untuk mendapatkan tukang cat? Upah mengecat yang terlalu mahal? Keliru memilih warna pilihan untuk kediaman anda? Kami sedia menyelesaikan masalah anda.

KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI?

1. Harga upah kami adalah yg berpatutan dan boleh dirunding berbanding dengan tukang cat yang lain tetapi kualiti tetap menjadi keutamaan kami.

2. Kami mempunyai pengalaman lebih dari 7 tahun dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mengecat merupakan salah satu kepakaran kami.

3. Kawasan perkhidmatan kami lebih luas, meliputi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

4. Komunikasi secara terus. Untuk berurusan kami lebih suka berhubung melalui suara (kerana kami boleh tahu dengan lebih jelas tentang keperluan anda) dan bukannya melalui teks (SMS) seperti kebanyakan tukang cat yang lain. Bil telefon? Jangan bimbang kami yang akan menghubungi anda.

Hubungi:
Jas 012 653 6007 / 016 675 2969
atau
Lengkapkan borang tempahan di bawah.


UNTUK mengecat rumah, tiada petua khusus mengenai pilihan warna. Warna cat rumah atau ruang terutama mencerminkan keperibadian dan gaya hidup pemilik atau penghuninya.

Namun, ketika memilih warna cat rumah, pertimbangkan ruang mana yang mahu dicat sama ada ruang tidur, ruang tamu, eksterior (ruang luar) atau ruang keluarga.
Mungkin anda ingin memperbaharui warna cat pejabat, pangsapuri atau kediaman anda yang bertaraf banglo. Beberapa hal berikut sebaiknya diberi perhatian:

Ukuran ruang – ruang yang lebih kecil nampak besar dengan warna lebih muda pada dinding dan warna ‘natural’ untuk perabot.

(Sisihkan warna cerah untuk pola-pola yang menarik dari aksesori ruang yang terdiri daripada bantal sofa, pot bunga, lampu hiasan atau lukisan mahupun gambar). Anda dapat menggunakan cat bertekstur apabila tidak ada banyak pola untuk dekorasi ruang.

Lokasi bangunan – kontraktor cat yang berpengalaman sering menyarankan supaya ruangan di rumah daerah tropis dengan warna sejuk atau atau ‘natural.’ Warna dinding bernuansa hijau, biru atau ungu akan membangun rasa sejuk dalam rumah.

Lokasi ruangan – ruangan yang menghadap utara, barat laut atau barat daya cenderung mendapatkan sinar matahari tidak langsung. Warna cat dinding ruang yang tidak langsung mendapat sinar matahari sebaiknya menggunakan warna yang lebih hangat seperti warna yang bernuansa kuning (yellow chiffon), coklat, peach lembut (soft peach). Untuk ruangan yang banyak menerima sinar matahari, Sebaiknya kurangkan tone warna dan menggunakan warna sejuk seperti warna bernuansa hijau, biru atau lavender.



Jenis ruang – kamar tidur untuk orang dewasa biasanya menggunakan warna yang nyaman dan tenang – disifatkan kondusif untuk tidur. Untuk kamar anak biasanya, pilih warna lebih menstimulus iaitu warna cerah. Warna ruang pejabat biasanya menggunakan warna hangat dan warna dasar.

Bentuk ruang – ruang yang panjang dan sempit akan kelihatan lebih lebar apabila salah satu sisi atau kedua sisi yang lebih pendek diberi warna cat cerah atau gelap; sementara sudut yang lain menggunakan warna pucat bersesuaian (senang disuai padan dengan pelbagai aspek langsir, perabot dan pelbagai).


Untuk ruang berbentuk kotak tanpa jendela besar atau ‘focal point’ dapat ditambahkan suatu warna agak kuat di salah satu dindingnya. Hal ini akan membuat ruangan lebih berkarakter dan menarik. Misalnya: tiga dinding berwarna putih dan satu dinding diberi cat ungu.


Tinggi ruang – warna putih pada sudut tertentu akan menambah kesan tinggi manakala warna gelap pada akan memberi kesan ruangan lebih kecil. Ruangan besar akan terasa lebih nyaman apabila dibuat ‘drop ceiling’ tertentu seperti kertas dinding pada tepinya, baik di atas mahupun bahagian bawah dinding.

No comments:

Post a Comment